rap

Justin Bieber, Hailey Baldwin makin bahagia

Oleh Agensi

Hampir dua tahun melayari bahtera perkahwinan dengan Hailey Baldwin, penyanyi Justin Bieber bersyukur apabila hubungan yang dibina semakin matang.

Penyanyi lagu What Do You Mean itu berkata, dia teruja setiap kali melihat suri hidupnya itu sentiasa bahagia. "Dia adalah anugerah terindah yang Tuhan berikan. Saya harap mampu menjalani kehidupan yang Tuhan tentukan ini dengan matang sepanjang hidup saya.

"Perkara pertama yang membuatkan saya bahagia adalah hubungan saya dengan isteri tercinta. Kehadirannya adalah satu kurniaan terindah untuk saya terus menjalani hidup," katanya.

Dalam pada itu, Baldwin mengakui mudah berasa cemburu dengan suaminya walaupun mereka adalah pasangan suami isteri.

Menurut Baldwin, biarpun perasaan cemburu adalah sesuatu yang semula jadi, namun dia begitu mengharapkan agar perasaan itu lenyap sepanjang bersama Bieber.

"Saya sedar perasaan cemburu ini adalah sesuatu yang normal dalam diri setiap manusia. Perasan ini akan tetap ada dengan sesiapa pun saya bersama.

"Jika saya mampu membuang jauh perasaan ini dalam badan, saya nak ia lenyap. Namun kita semua tak mampu berbuat demikian.

"Saya tahu kedudukan yang dia miliki sekarang ini akan ada individu yang tidak kisah dia sudah berkahwin atau tidak. Akan ada wanita yang cuba memikat hatinya. Tapi apapun saya tidak boleh melarang perkara itu tapi janganlah ada yang beranggapan bahawa mereka boleh memiliki dengan mudah," katanya.

Disiarkan pada: January 27, 2021 @ 5:10pm
d