rap

Selamat ulang tahun Zahirah

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Zahirah MacWilson yang ke-26, pelakon Aiman Hakim Ridza menitipkan kata-kata romantis buat suri hidupnya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman turut berkongsi foto istimewa wajah Zahirah dan anaknya yang sedang tidur bersama.

Menurut Aiman, dia terharu dan berterima kasih kepada Zahirah atas segala pengorbanan yang dilakukan sepanjang bersamanya.

"Selamat ulang tahun Zahirah. Terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat kepada anak kita. Terima kasih kerana mengorbankan masa, tubuh badan dan juga hari lahir kerana membesarkan anak kita dengan penuh kasih sayang.

"Tidak ada apa yang dapat menggantikan atau menukarkan apa yang sudah awak lakukan dan kami berdua amat menghargai setiap detiknya," katanya.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2019. Hasil perkahwinan itu, pasangan romantis itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 5 Januari lalu.

Zahirah dan Aiman kini berada di Perth, Australia sejak Oktober tahun lalu bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka selain menjalani tempoh berpantang di sana.

Disiarkan pada: February 3, 2021 @ 5:12pm
d