rap

'Terima kasih pendengar setia kami'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Hari Radio Sedunia tahun ini disambut dengan sederhana oleh rangkaian radio Media Prima iaitu Hot FM, Kool FM, Fly FM dan One FM. 

Pengurus Besar Kumpulan Audiens dan Pemasaran, Ripple, Anida Tahrim berkata, fokus mereka adalah untuk berterima kasih kepada pendengar atas sokongan diberikan.

"Tahun ini, pendekatan kami bersempena Hari Radio Sedunia adalah untuk berterima kasih kepada pendengar yang selama ini menyokong serta memberi idea dan pandangan bagi menambah baik isi kandungan kami," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Anida, radio adalah medium yang boleh diperdengarkan di mana saja sekali gus mengajak asyarakat supaya kekal selamat. 

"Kami nak mengajak masyarakat untuk kekal selamat dalam pandemik sekarang dan terus mendengar radio kerana ia adalah medium yang boleh didengari di mana-mana saja. 

"Setiap stesen kami akan adakan kempen serta peraduan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik. Jadi, teruskan mendengar untuk berpeluang memenangi hadiah itu. 

"Kami akan kongsikan mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

Disiarkan pada: February 13, 2021 @ 11:59am
d