rap

Vanessa Hudgens, Cole Tucker sah bercinta

Oleh Najiy Jefri

Pelakon Vanessa Hudgens akhirnya mendedahkan hubungan cintanya dengan pemain besbol, Cole Tucker dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

Sejak November tahun lalu, hubungan mesra pelakon berusia 32 tahun itu mula menjadi perhatian ramai, bagaimanapun sempena menyambut Hari Kekasih, kelmarin, dia berkongsi berita gembira itu kepada umum. "Tentang anda, saya dan kita," tulisnya berserta foto ciuman romantis di Instagram.

Dalam masa sama, Tucker turut memuat naik foto kemesraan mereka di Instagram.

Sejak berita percintaan mereka mula menjadi bualan ramai, ada sumber melaporkan mereka mula menjalin hubungan serius tahun ini.

"Mereka kini sudah bergelar pasangan kekasih. Hubungan mereka mula serius ketika menyambut tahun baharu baru-baru ini," kata sumber terbabit.

Disiarkan pada: February 16, 2021 @ 6:00pm
d