rap

Filem Nomadland terbaik! 

Oleh Agensi

California: Filem Nomadland dan Borat Subsequent Moviefilm mengungguli kemenangan kategori filem di acara berprestij Golden Globes ke-78 yang berlangsung secara maya dan dipancarkan dari The Beverly Hilton, Beverly Hills, di sini, hari ini.

Nomadland menang menerusi Filem Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik (Chloé Zhao), manakala Borat Subsequent Moviefilm membawa pulang trofi Filem Muzikal/Komedi Terbaik dan Aktor Filem Muzikal/Komedi Terbaik (Sacha Baron Cohen).

Sejarah juga tercipta buat Zhao apabila menjadi pengarah wanita pertama memenangi trofi Pengarah Terbaik sejak 1984. Kategori itu kali terakhir dimenangi Barbara Streisand menerusi Yentl pada tahun terbabit.

Bagi kategori drama, The Crown yang disiarkan di platform penstriman Netflix unggul apabila memenangi empat kategori utama. Ia termasuk Siri TV Drama Terbaik, Aktres Siri TV Drama Terbaik (Emma Corrin),  Aktres Siri TV Drama Terbaik (Josh O'Connor), dan Aktres Pembantu TV Terbaik (Gillian Anderson).

Meskipun mendapat kritikan apabila pencalonan pelakon kulit hitam sangat kurang, namun beberapa nama unggul memenangi kategori masing-masing. Mereka termasuk John Boyega, Daniel Kaluuya, Andra Day, dan mendiang Chadwick Boseman.

Dihoskan Tina Fey dan Amy Poehler, anugerah itu dilangsungkan lewat dua bulan daripada tarikh kebiasaan pada Januari. Kemeriahannya juga jelas kurang terasa apabila hanya dihadiri calon secara maya.

Dua hos terbabit juga mengacarakannya secara berasingan di mana Fey berada Rainbow Room, New York, manakala Poehler dari Hotel Beverly Hilton. Penonton yang cuma dibenarkan berada di lokasi adalah barisan hadapan dan pekerja berkepentingan.

Senarai penuh pemenang Golden Globes 2021

  • Aktor pembantu filem terbaik: Daniel Kaluuya - Judas And The Black Messiah
  • Aktor pembantu tv terbaik: John Boyega - Small Axe
  • Aktres siri tv muzikal/komedi terbaik: Catherine O'Hara - Schitt's Creek
  • Filem animasi terbaik: Soul
  • Aktor siri terhad/antologi/siri/filem untuk tv terbaiK: Mark Ruffalo - I Know This Much Is True
  • Lakon layar terbaik: Aaron Sorkin - The Trial of the chicago seven
  • Aktres siri tv drama terbaik: Emma Corrin - The Crown
  • Lagu asli filem terbaik: "Io Si" - The Life Ahead
  • Skor asli filem terbaik: Jon Batiste - Soul
  • Aktor siri tv muzikal/komedi terbaik: Jason Sudeikis - Tedd Lasso
  • Siri tv muzikal/komedi terbaik: Schitt's Creek
  • Aktres filem muzikal/komedi terbaik: Rosamund Pike - I Care A Lot
  • Aktor siri tv drama terbaik: Josh O'Connor - The Crown
  • Filem bahasa asing terbaik: Minari (USA)
  • Siri tv drama terbaik: The Crown
  • Aktres pembantu filem : Jodie Foster - The Mauritanian
  • Aktres pembantu tv terbaik: Gillian Anderson - The Crown
  • Aktres siri terhad/antologi/siri/filem untuk tv terbaik: Anya Taylor-Joy - The Queen's Gambit
  • Siri terhad/antologi/siri/filem untuk tv terbaik: The Queen's Gambit
  • Aktor filem drama terbaik: Chadwick Boseman - Ma Rainey's Black Bottom
  • Pengarah filem terbaik: Chloé Zhao - Nomadland
  • Filem muzikal/komedi terbaik: Borat Subsequent Moviefilm
  • Aktor filem muzikal/komedi terbaik: Sacha Baron Cohen - Borat Subsequent Moviefilm
  • Aktres filem drama terbaik:

    Andra Day - The United States vs Billie Holliday

  • Filem drama terbaik: Nomadland
  • Disiarkan pada: March 1, 2021 @ 3:44pm
    d