rap

Nia sambut meriah hari jadi anjing kesayangan

Oleh Agensi

Jakarta: Pelakon Nia Ramadhani, 31, mencuri perhatian apabila meraikan ulang tahun pertama anjingnya, Maximus dengan meriah baru-baru ini.

Bahkan, majlis itu turut dihadiri keluarga suaminya, Andi Bakrie untuk menyambut sama kelahiran Maximus. Malah, Nia juga berhabisan menghias rumahnya dengan dekorasi meriah demi anjingnya itu.

Menerusi sebuah video di YouTube, Maximus turut diberikan kek khas sempena ulang tahunnya itu. Kedengaran semua yang hadir menyanyikan lagu selamat hari jadi untuknya.

Dalam satu kenyataan, Nia mendedahkan majlis berkenaan banyak mendapat bantuan daripada ibu mertuanya. Disebabkan itulah mereka berjaya melangsungkannya dengan meriah.

Kata Nia, ibu mertuanya memang sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan majlis itu berjaya. Mereka bahkan menyediakan topeng khas berwajah Maximus untuk sambutan itu.

Hadir sama adalah keluarga Nia sendiri menjadikan sambutan lebih riuh. Mereka turut membawa anjing peliharaan masing-masing untuk bersama-sama meraikan ulang tahun Maximus.

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 10:52am
d