rap

Mekap Loca B dah macam 'pondan'

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Gara-gara menggunakan khidmat jurumekap, penyanyi rap Loca B mendakwa dirinya kelihatan seperti 'pondan'.

Loca bagaimanapun mengakui tiada niat untuk mempersoalkan kredibiliti kerjaya terbabit.

"Sebelum ada yang marah, biar saya jelaskan. Saya tidak mempersoalkan teknik dan bakat seseorang jurumekap.

"Tidak semua jurumekap menyentuh wajah saya dengan rupa begini. Cuma, wajah saya sahaja yang tidak boleh menerima solekan tebal," katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik, isteri kepada penyanyi rap Tuju itu berkongsi video TikTok yang menunjukkan wajahnya lebih cantik disolek sendiri berbanding mendapatkan khidmat jurumekap.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikut yang turut merasakan perkara sama ke atas dirinya.

Bagaimanapun ada juga komen yang berasa kurang senang dengan perkataan 'pondan' yang digunakan penyanyi itu.

Hantaran video TikTok yang dimuat naik Loca menerima jumlah tontonan lebih 60,000 dan 100 komen.

Disiarkan pada: March 2, 2021 @ 11:58am
d