rap

Cincin 'tanda' di jari manis Kilafairy?

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Kilafairy menafikan dirinya sudah dilamar oleh kekasihnya Sa'aid Umar Aiman.

Menerusi program Melodi hari ini, Kilafairy, 28, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata, cincin pemberian kekasihnya itu dipakai di jari manis bertujuan sekadar suka-suka.

"Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah," katanya. 

Menurut Kilafairy, dia serius menjalin hubungan dengan jejaka itu.

"Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya serahkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa segan nak cakap.

"Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti," katanya.

Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu.

"Tapi kami baru bercinta setahun lebih. Kalau ada jodoh, insyaAllah," katanya yang kini menjalinkan kerjasama dengan jenama Ufora dalam penghasilan produk lipmatte Ufora X Kilafairy.

Disiarkan pada: March 7, 2021 @ 4:53pm
d