rap

Norish Karman okay, dia baik-baik saja

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Anak sulung pelakon Norish Karman iaitu Muhammad Haqiem Amany, 22, menafikan pelakon itu sedang nazak seperti hantaran yang dikongsikan di Facebook Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), hari ini.

Amany ketika dihubungi berkata, ibunya berada dalam keadaan baik.

"Semuanya okay saja. Ibu saya juga okay. Dia hanya membuat pemeriksaan biasa. Apa yang ditularkan itu tidak benar. Kami berharap hentikan segala spekulasi negatif membabitkan ibu saya. Doa anda semua amat kami hargai," katanya kepada Harian Metro.

Amany juga meminta orang ramai supaya tidak mensensasikan perkara itu.

"Tolong jangan sensasikan berita ini. Ibu saya akan sedih nanti," katanya.

Terdahulu, Facebook Persatuan Seniman Malaysia berkongsi keadaan Norish yang dikatakan sedang nazak dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.

Menerusi hantaran sama, Seniman memohon doa orang ramai supaya dipermudahkan urusan dan Norish diberikan kesihatan baik.

Disiarkan pada: March 10, 2021 @ 7:56pm
d