rap

Risteena, Isa Khan dah selamat nikah

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Pelakon, Nur Risteena Munim, 32, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Isa Khan, 28, jam 10.40 pagi, hari ini.

Majlis akad nikah itu diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan sekali lafaz. 

Majlis itu turut disiarkan secara langsung menerusi Instagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan mereka.

Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa anggota keluarga hadir dalam majlis serba ringkas termasuklah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies. 

Harian Metro masih lagi menantikan kenyataan rasmi daripada Risteena dan Isa.

Terdahulu, Isa mengumumkan sudah melamar Risteena pada 23 November 2019 sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Pasangan itu turut mengumumkan mereka bertunang pada tarikh sama.

Disiarkan pada: March 12, 2021 @ 11:16am
d