rap

Aeril Zafrel hadiah isteri kereta

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon, Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya juga pelakon dan ahli perniagaan, Wawa Zainal, kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000.

Aeril, 33, berkata, hadiah itu bersempena ulang tahun Wawa yang ke-29 tahun, semalam.

"Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak 'best' bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.

"Sebelum beli, saya ada berikan 'hint' mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini. Pada majlis ini (semalam) dia baru tahu. Memang kejutan buat dia," katanya kepada Harian Metro.

Sempena hari jadi Wawa juga, Aeril mendoakan semoga segala impian dan hajat isterinya itu dimakbulkan Allah SWT.

"Selamat ulang tahun bidadari syurga ku. Semoga semua impian mu, hajat mu dimakbulkan Allah SWT," katanya.

Terdahulu, Aeril membuat kejutan itu pada majlis Gala Dinner Award Wawa Cosmetics yang diadakan di ibu negara, semalam.

Aeril yang masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu hari jadi sebelum menyerahkan sejambak bunga dan replika kunci kereta mewah itu.

Disiarkan pada: March 13, 2021 @ 3:21pm
d