rap

Pelamin Neelofa, PU Riz inspirasi Jabal Rahmah

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Majlis pernikahan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang berlangsung pagi, hari ini, menjadi bualan dalam kalangan warganet.

Selain tema majlis warna putih, pelamin rekaan pereka dan perancang perkahwinan, Reka Teemor antara yang mendapat perhatian.

Reka Teemor menerusi hantaran di Instagram mendedahkan rekaan pelamin pasangan itu diinspirasikan dari Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa.

Malah, Reka Teemor berkata pihaknya terpaksa berahsia selama tiga minggu sebelum berkongsi hasil rekaan mereka kepada umum hari ini.

"The Jabal Rahmah. Tiga minggu menyorok dari paparazi untuk merahsiakan pelamin berinspirasikan pergunungan di mana Adam dan Hawa dipertemukan.

"Didoakan Neelofa dan Haris bertemu penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi," katanya.

Perkongsian berbentuk video 1 minit itu mendapat lebih 115,000 tontonan dan lebih 300 tanda suka.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Disiarkan pada: March 27, 2021 @ 7:09pm
d