rap

Nonny bukan begitu

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Saya kenal hati hudi dia (Nonny). Dia bukan begitu," kata pelakon Ika Nabella yang juga kawan baik kepada Nonny Nadirah selepas dia mendapat banyak pertanyaan daripada orang sekeliling mengenai tindakan Nonny memuat naik gambar berendam dalam besen tanpa berbaju, kelmarin.

Ika, 32, atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata, walaupun tidak memberikan komen atau muat naik sebarang hantaran mengenai penyanyi dan pelakon itu, tidak bermaksud dirinya tidak ambil tahu.

Menurut Ika, pendekatan dibuat lebih kepada tidak mahu mengulas apa-apa kerana beranggapan dia juga manusia biasa.

"Saya nak cakap tak perlu cari saya, mesej atau kemas kini apa-apa. Bukannya saya tidak ada IG dia. Takkan sebab saya tak komen apa-apa, tak muat naik apa-apa anda semua ingat saya tak tahu apa jadi. Saya 'follow' dia di IG. Saya nampak apa dia muat naik.

"Sungguh memilukan, saya menangis dan memikirkannya sejak hantaran pertama. Tetapi saya tidak mahu membincangkannya dengan sesiapa pun. Saya tak mahu ulas apa-apa sebab saya manusia biasa.

"Mata kasar kita saja nampak kita semua berbeza. Apa kita lalui berbeza. Nikmat dan dugaan hidup kita juga berbeza. Tapi hakikatnya, kita semua sama. Kita semua ada dosa. Allah tutup aib kita. Bagi dia masa, dia akan okay," katanya.

Ika menerusi hantaran di IG berkongsi pengalaman bersama Nonny yang dikenalnya sebagai seorang yang pemalu.

Dalam masa sama, Ika berharap Nonny dapat menjaga diri dengan baik dan sentiasa membuka peluang kepada Nonny untuk menghubungi dirinya.

"Saya ada saja ni. Saya tak nak cuba menghubungi dia selalu sebab nanti dia benci. Kalau ada di depan saya mungkin sudah kena tampar kemudian baru peluk sebab tak kongsi dengan saya masalah macam yang selalu buat sebelum ini.

"Inilah perangai buruk dia dari dulu suka diam simpan masalah lepas tu buat hal. Jaga diri okay. Bila-bila perlukan saya, 'call'. Saya ada saja ni," katanya.

 

Disiarkan pada: April 2, 2021 @ 10:12am
d