rap

'Saya belum mengandung'

Oleh Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: "Guys...saya belum mengandung," demikian jawapan ringkas penyanyi Elizabeth Tan di Insta Story bagi menjawab dakwaan segelintir pengikutnya di media sosial yang menyangka dia kini hamil.

Terdahulu, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 28, baru mendirikan rumah tangga sekitar dua minggu lalu dengan seorang ahli perniagaan dikenali Siew Jim.

Bagaimanapun, perbualan warganet mula tercetus apabila Lizzy memuat naik fotonya bersama pelakon Angeline Tan di Instagram dengan kapsyen 'pi mai pi mai TAN tu', namun keadaan bajunya menampakkan seakan ada  'baby bump'.

Ditambah, keadaan tubuh Lizzy yang kelihatan berisi dengan pakaian digayakan, mendorong kebanyakan warganet mula membuat andaian penyanyi lagu Knock Knock itu sudah berbadan dua.

"Baby bump," tulis beberapa orang warganet.

"Lizzy pregnant!!??," komen seorang pengikutnya.

"Baju tu besar kot (emoji ketawa), baru kahwin kejap macam mana boleh mengandung secepat tu," tulis seorang lagi.

Namun, Lizzy atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei tidak cepat melatah dan melayan saja komen pengikutnya. Dengan emoji ketawa, Lizzy mungkin berasa terhibur.

Pada 20 Mac lalu, Lizzy selamat bernikah dalam satu majlis sederhana di Gombak, Selangor yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Lizzy yang mulanya mahu menyembunyikan berita perkahwinan itu gagal apabila beberapa fotonya dan suami tersebar dan tular di media sosial lebih awal.

Malah, bapanya David Tan Suan Chew sendiri turut berkongsi foto majlis perkahwinan anak perempuannya itu di Facebook termasuk rakan Lizzy juga memuat naik foto di Instagram.

Menurut Lizzy, dia membuat keputusan untuk tidak menghebohkan majlis perkahwinan itu kerana baginya ia adalah isu yang kecil dan pada masa sama agak peribadi.

Apapun, Lizzy tetap memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media kerana situasi pandemik.

Disiarkan pada: April 2, 2021 @ 10:23pm
d