rap

Siti Sarah hamil anak keempat

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin berkongsi khabar gembira apabila dia disahkan hamil anak keempat.

Masih merahsiakan usia kandungannya, Sarah berkata dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah selepas kali terakhir menimang cahaya mata sekitar enam tahun lalu.

"Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru dalam 'perjalanan'.

"Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.

"Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang," tulisnya dalam satu hantaran baharu di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Sarah berkongsi reaksi Shuib sebaik penyanyi lagu Kesetiaan itu disahkan hamil ketika melakukan kit ujian kehamilan di rumah.

Menurut Sarah, dia tidak berani mengumumkan berita gembira itu terlalu awal meskipun ramai yang sudah dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.

"Ramai tanya masa mula-mula dulu, tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru berani nak beritahu.

"Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada 'anxiety', jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan .

"Sarah nak mintak kalian semua doakan Sarah  dan kandungan. Sarah doakan juga ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu," katanya.

Disiarkan pada: April 2, 2021 @ 10:36pm
d