rap

'Kalau ada rezeki nak anak cepat'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pasangan penyanyi yang baru mendirikan rumah tangga, Syamel dan Ernie Zakri berdoa supaya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. 

Kedua-dua mereka ditemui pada majlis resepsi yang berlangsung, semalam.

"Saya sudah masuk 29 tahun. Kalau boleh, doakan agar kami dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. 

"Kalau ada rezeki (anak), kami terima dengan hati terbuka," kata Ernie kepada Harian Metro. 

Menurut Syamel, dia dan Ernie tidak merancang apa-apa, sebaliknya mendoakan agar semuanya dilancarkan. 

"Kami tak ada merancang atau menyekat apa-apa. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Saya doakan agar semuanya diberikan kelancaran," katanya. 

Majlis resepsi pasangan itu dihadiri sanak saudara serta sahabat handai yang juga terdiri daripada barisan selebriti terkemuka tanah air. 

Antara yang hadir adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain, Liza Hanim, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Khai Bahar, Wany Hasrita dan ramai lagi.

 

Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan hebat antaranya oleh Aisha Retno, Dina Nadzir, Elvira Arul serta bapa saudara Ernie sendiri, Anuar Zain. 

Syamel dan Ernie diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Disiarkan pada: April 4, 2021 @ 8:23am
d