rap

Kamal Adli 'caring', 'loving', 'gila-gila' - Uqasha Senrose

Oleh Amri Hassan

Kuala Lumpur: "Dia lelaki bertanggungjawab, 'caring', 'loving', gila-gila dan pelakon serba-boleh."

Itu kata pelakon jelita, Uqasha Senrose, 29, mengenai bakal suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 35.

Uqasha dan Kamal dijangka menamatkan zaman bujang tahun ini selepas majlis merisik diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Pasangan itu juga akan mengadakan tiga majlis berasingan untuk keluarga, rakan artis dan media serta peminat.

Ditanya mengenai persiapannya untuk bergelar isteri, Uqasha berkata, apabila sudah bergelar isteri akan sendirinya belajar dan pandai.

"Bila pergi kursus kahwin semua akan diajar, kita buatlah 'research'. Memasak saya selalu buat dan boleh belajar. Tak semestinya nak kahwin baru belajar memasak sebab saya pun masih ada ibu untuk mengajar saya memasak dan semua benda," katanya dalam satu temubual bersama Astro Gempak.

Uqasha dan Kamal dikatakan mula rapat selepas bergandingan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad dua tahun lalu. Mereka sekali lagi berpasangan dalam drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober tahun lalu.

Kamal melamar Uqasha secara langsung pada Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Disiarkan pada: April 10, 2021 @ 5:18pm
d