rap

Seniman, Kopetro cuci masjid

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) bekerjasama menjalankan program membersihkan masjid di Masjid Al-Hidayah, Sentul Pasar, di sini, hari ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, kerjasama itu adalah untuk menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa untuk masyarakat sekitar menunaikan solat sunat tarawih.

"Hari ini, kita membersihkan masjid dan mendapat kerjasama daripada Kopetro.

"Sebelum ini, ada program yang kami pernah bekerjasama antaranya, penjualan produk dengan jenama LengQuas yang mana hasil penjualan disalurkan ke tabung persatuan untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan," katanya kepada Harian Metro.

Selain membersihkan masjid, turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada beberapa artis veteran.

"Ada 40 artis veteran yang tersenarai dalam senarai bantuan kami. Bantuan sumbangan yang kami berikan terdiri daripada wang tunai serta barangan keperluan bersempena Ramadan," katanya.

Antara artis veteran yang hadir adalah Tawil, Datuk Jeffrydin, Mak Jah, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Disiarkan pada: April 12, 2021 @ 2:52pm
d