rap

Schawalara duta pertama KFC

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Selepas kekal menjadi duta Jakel untuk tahun kelima, terbaharu keluarga selebriti popular Scha Alyahya, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana dilantik pula menjadi duta KFC.

Mereka yang membawa jenama Schawalara adalah duta pertama KFC sekali gus terbabit dalam menjayakan kempen Raikan Cara Kita sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Scha berkata, dia sudah terbabit secara aktif dalam program tanggungjawab korporat sosial, Add Hope sebagai jurucakap selama enam tahun.

"Add Hope adalah Inisiatif KFC untuk membasmi kebuluran di negara ini. Dari situ, saya melihat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

"Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami teruja kerana ia adalah jenama yang dekat di hati kami. Saya berharap banyak lagi yang kami akan lakukan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Awal berkata perkongsian isterinya yang terbabit dalam program kemasyarakatan itu membuka hatinya untuk terbabit sama.

"Sebenarnya masa Scha terbabit dalam Add Hope, apabila pulang ke rumah dia akan kongsi cerita dan menangis. Dia selalu cakap kita ini sebenarnya sangat bertuah kerana ramai lagi masyarakat yang tak bernasib baik yang kita tidak nampak. 

"Kita sebagai selebriti pun jarang turun padang. Apabila Scha cerita dia jumpa pelbagai golongan yang memerlukan. Setiap kali itu, dia pasti ajak saya untuk terbabit sama. Alhamdulillah, sayamula menyertai mereka sejak 2019," katanya.

 

 

 

Disiarkan pada: April 25, 2021 @ 5:30pm
d