rap

Belian menarik wowshop

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Rangkaian beli-belah dari rumah kegemaran rakyat Malaysia, WOWSHOP berhasrat memberikan pelanggannya pengalaman membeli-belah yang WOW di musim Ramadan dan raya ini.

WOWSHOP menjanjikan bulan yang penuh ganjaran untuk pelanggannya dengan pelbagai pakej hebat bernilai lebih daripada setengah juta ringgit.

Bertemakan Ramadan dan Raya Cara WOW, produk Ramadan dan raya tahun ini menampilkan pelbagai barangan hebat termasuk produk hiasan rumah, barangan dapur serta makanan dan hadiah percuma.

Ketua Pengarah Operasi, Yang Hyun Kim, berkata, WOWSHOP membantu menjadikan sambutan hari raya kali ini lebih bermakna.

"Kami faham bahawa kebanyakan rakyat masih berada di rumah atau tidak dapat melawat keluarga. Maka kami di WOWSHOP akan membantu menjadikan perayaan anda lebih bermakna dengan tawaran istimewa, pelbagai program eksklusif termasuk dalam talian.

"Seiring dengan perkembangan pesat syarikat kami juga ingin memperkayakan kehidupan pelanggan kami lebih jauh terutamanya pada saat-saat sukar ini," katanya.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan yang menonton siaran langsung di TV9 pada 8:30 pagi hingga 10.30 pagi dan di TV3 pada 11 pagi hingga 1 petang serta membuat belian akan menikmati baucar RM20 untuk ditebus pada belian seterusnya dalam tempoh 1 Mei sehingga 30 Jun, tertakluk terma dan syarat.

WOWSHOP juga turut bekerjasama dengan Habib Jewels untuk memberikan hadiah istimewa kepada pelanggan dalam bulan ini. Pelanggan yang menonton dan membuat belian pada siaran langsung pada 1 hingga 23 Mei, setiap Isnin hingga Jumaat di TV3 (11 pagi) dan setiap hujung minggu di TV9 (8.30 pagi) akan dihadiahkan baucar Habib Jewels RM50 yang sah untuk digunakan sepanjang 1 Mei hingga 31 Julai, selagi stok masih ada.

Turut memeriahkan khalayak media sosial sepanjang bulan puasa dan Raya, WOWSHOP menawarkan pelbagai ativiti interaktif yang menyeronokkan bersama SIS WOW.

Selain daripada perkongsian harian keistimewaan produk, ada segmen istimewa yang menampilkan SIS WOW di sosial WOWSHOP di mana tip harian bulan puasa, mutiara kata dan kelebihan surah terpilih dikongsi bersama.

Tidak ketinggalan ialah segmen istimewa pelbagai manisan tradisi dengan resipi dan tip.

Dalam sesi siaran langsung di Instagram, SIS WOW juga menjemput Ustaz dalam segmen khas yang dipanggil WOW JOM MENGAJI bermula 15 April sehingga 11 Mei yang menampilkan Ustaz Shahrizan, Ameera Zaini, Da'i Adibah, Diana Amir, Hazlin Hussain dan Mimie Haris.

Sementara itu, segmen istimewa Raya Cara SIS WOW! yang julung kali dilancarkan akan menawarkan pelbagai seleksi istimewa untuk persiapan masakan dan dekorasi raya yang turut mamaparkan selebriti tempatan dan pempengaruh Dahlia Nadirah and Jaja Anuar.

Disiarkan pada: May 4, 2021 @ 6:45am
d