rap

Tiz Zaqyah positif Covid-19

Oleh Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: Pelakon Tiz Zaqyah, 33, berkongsi khabar sedih di media sosial bahawa dia kini disahkan positif Covid-19.

Pelakon drama Nur Kasih itu menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia terlebih dahulu, menerima panggilan daripada pihak hospital memberitahu keputusan ujian Covid-19 dilakukannya disahkan positif.

"Hari ini (9 Mei), sekitar jam 8.30 pagi tadi, saya menerima panggilan dari Subang Jaya Medical Center memaklumkan keputusan ujian Covid-19 yang saya buat adalah positif.

"Saya dinasihatkan menjalani proses kuarantin di rumah mulai sekarang. Doakan saya dan keluarga," tulisnya.

Menurut Tiz, dia mula berasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kesihatan badannya selepas mengalami batuk dan menggigil.

Turut memberi peringatan kepada pengikutnya, Tiz menyarankan supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan jika mengalami gejala seperti demam, selesema, bersin, batuk dan sakit kepala.

Ujarnya, jangan sesekali ambil mudah dan buat tidak tahu dengan membiarkan sahaja kerana ada di antara kes tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala dijangkiti Covid-19.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, melakukan ujian awal mengesan status Covid-19 lebih baik sebelum perkara buruk berlaku. Katanya lagi, duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting di luar kerana wabak ini ada di mana-mana.

Disiarkan pada: May 9, 2021 @ 4:50pm
d