rap

Zynakal pertama kali raya tanpa ibu

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Aidilfitri tahun ini cukup berbeza buat penyanyi Zynakal apabila terpaksa meraikannya bersendirian tanpa ibu di sisi yang meninggal dunia tahun lalu.

Ibunya, Zuraidah Ibrahim meninggal dunia pada September tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

"Tahun ini Aidilfitri saya tak sama seperti sebelum ini kerana saya raikannya tanpa kehadiran ibu. Saya pun seorang diri," katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Sakit duet bersama Yonniboy itu, dia merindukan suasana sambutan Aidilfitri di kampung.

"Saya sangat rindukan kampung di Taiping, Perak. Rasanya dah dua tahun saya tak balik ke sana. Di sana, bapa saudara dan beberapa saudara masih ada lagi," katanya.

Terbaru, Zynakal yang juga anak saudara kepada penyanyi, Zamani kini dalam proses untuk menyiapkan albumnya.

"Sekarang, sudah 70 peratus hampir siap. Dalam album itu nanti akan dimuatkan 12 lagu termasuk dua lagu lama saya," katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2021 @ 2:08pm
d