rap

The Ellen DeGeneres Show tamat tahun depan

Oleh Agensi

Los Angeles: Selepas bersiaran 19 musim dan lebih 3,000 episod, pengacara terkenal Ellen DeGeneres, 63, mengumumkan untuk menamatkan program popularnya The Ellen DeGeneres Show tahun depan. 

Menurut laporan, DeGeneres sebenarnya mahu menamatkan program itu pada 2019, namun menyambung kontraknya tiga tahun lagi.

Keputusan itu juga didakwa dibuat selepas skandal persekitaran toksik dalam produksi program menjadi kontroversi tahun lalu. Bagaimanapun, DeGeneres menafikan dia terkesan dengan perkara itu.

Sebaliknya, dia mendedahkan sudah tiba masanya untuk program itu ditamatkan kerana dia mahukan cabaran baharu dalam kreativitinya sebagai pengacara.

"Apabila anda seorang yang kreatif, anda mahu sentiasa menyahut cabaran baharu. Walaupun program itu sangat menyeronokkan dan berjaya, namun saya rasa ia sudah tidak mencabar," jelasnya.

Tahun lalu, beberapa pekerjanya tampil mendedahkan DeGeneres adalah seorang majikan yang sangat toksik. Dia juga didakwa menutup mata mengenai insiden buli-membuli dalam pasukannya.

Disebabkan kontroversi itu, ia memberi kesan terhadap jumlah tontonan terhadap program terbabit. Ternyata, ramai penonton tawar hati untuk mengikutinya selepas mendapat tahu kebenaran sikap sebenar pengacara itu.

Disiarkan pada: May 13, 2021 @ 2:50pm
d