rap

Masa untuk bakar semula…

Oleh Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: "Semalam dah makan macam-macam. Hari ini kena bakar semula."

Itu kata penerbit terkenal Datuk A Aida yang memilih untuk kembali bersenam bagi mengekalkan bentuk tubuh dan berat badan yang ideal.

A Aida berkata, jika pemakanan tidak dikawal sepanjang sambutan Syawal ini termausk tidak bersenam dibimbangi berat kembali bertambah.

"Disebabkan sambutan raya kali ini memang kena duduk rumah dan tidak boleh melakukan aktiviti berziarah, jadi bersenam di rumah adalah pilihan terbaik saya. Macam hari ini pun saya mula berpuasa sunat.

"Malah, sepanjang Ramadan lalu juga saya memang tidak lepaskan peluang untuk bersenam. Kebetulan di rumah memang ada semua peralatan, jadi tiada ada alasan untuk tidak bersenam. Bagi saya ia mudah saja asal saja kena disiplin," katanya.

Dalam masa sama, Aida juga berkongsi sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kedua pada 6 Mei lalu.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan kesihatan juga okay. Terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Jangan lupa mendaftar untuk mendapatkan vaksin," katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2021 @ 11:33am
d