rap

Shah Iskandar 'test market'

Kuala Lumpur: Hantaran terbaharu pelakon Shah Iskandar di Instagram mengundang komen 'nakal' dalam kalangan pengikutnya.

Menersui hantaran itu, Shah memuat naik gambar memaparkan dirinya lengkap berpakaian sukan.

Malah, hantaran itu disertakan kapsyen gurauan seolah-olah mahu 'test market'.

"'Test market' 'onlyfans'!" tulisnya.

Namun, dalam hantaran sama, Shah berkongsi berlari adalah senaman yang terbaik untuk semua peringkat umur.

"Ok, ini ayat serius. Berlari sebenarnya senaman yang bagus untuk semua," katanya.

Disiarkan pada: May 24, 2021 @ 3:01pm
d