rap

Lisa Banes kritikal, mangsa langgar lari

Oleh Agensi 

New York: Aktres Lisa Banes, 65, kritikal dan bertarung nyawa di wad kecemasan selepas kemalangan dilanggar skuter dalam kejadian langgar lari, di sini, kelmarin.

Menurut laporan, polis menerima panggilan kecemasan pada sekitar 6.30 petang mengenai nahas membabitkan kenderaan terbabit dengan pejalan kaki.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, polis mendapati Lisa terbaring di laluan pejalan kaki dengan kepala cedera. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Mount Sinai Saint Luke.

"Berdasarkan siasatan, Lisa dikatakan cuba melintas jalan sebelum dirempuh skuter yang melanggar lampu merah di kawasan lampu isyarat. Pemandu terbabit melarikan diri dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat," kata jurucakap polis.

Wakil Banes mengesahkan keadaan pelakon senior itu kini kritikal, namun enggan mengulas lanjut mengenai kecederaannya. 

Aktres terbabit aktif menjayakan pelbagai filem, program TV, dan teater sejak 1980-an. Antara filem lakonannya termasuk Gone Girl dan Cocktail.

Disiarkan pada: June 6, 2021 @ 5:31pm
d