rap

Lepas 'share' foto, nama bayi, Tajul ajak pengikut 'follow' IG anak... 

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Selepas genap sebulan dilahirkan, penyanyi Tajul hari ini berkongsi foto pertama anak keduanya yang diberi nama Adrian Rifqy. 

Dalam perkongsiannya di Instagram (IG), Tajul memuat naik dua keping foto Adrian di samping penerangan ringkas mengenai puteranya itu.

"Assalamualaikum semua. Kenalkan anak kedua Tajul dan Icaa (isteri), Adrian Rifqy genap sebulan hari ini. 

"Semasa lahir berat tiga kilogram, sekarang dah lebih empat kilogram. Doakan semoga Adrian Rifqy menjadi anak yang soleh. 

"Jadi anak yang baik ya abang, jaga kakak Carissa," tulisnya. 

Di samping itu, Tajul juga mengajak pengikutnya di IG untuk mengikuti akaun Instagram rasmi anaknya, @adrianrifqy_ yang baru sahaja diaktifkan. 

Hantaran itu mendapat lebih 2,700 tanda 'like' dari peminat dan pengikutnya di Instagram. 

Pasangan Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari dan Nurul Shamieza Eddie bernikah pada 10 Disember 2017. Mereka sudah dikurniakan cahaya mata pertama, Adriana Carissa yang kini berusia dua tahun.

Disiarkan pada: June 6, 2021 @ 8:49pm
d