rap

'Suap anak pun salah ke?' - Jasmin Hamid

Oleh Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Pelakon, Jasmin Hamid, 46, pelik dengan segelintir pihak yang menyifatkan tindakan dia menyuap makanan ke mulut anak lelakinya yang berusia 20 tahun, Ian Haziq sebagai menggelikan.

Jasmin berkata, dia menganggap orang yang mengecam tindakannya itu sebagai orang yang kurang kasih sayang dan menghidap penyakit hati.

"Saya suap anak saya, bukan anak orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok 'girlfriend boyfriend' bersuap-suap, 'sweet' pula ya?

"Kalau tak suka jangan tengok. Walaupun anak-anak saya sudah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan mereka selagi saya sihat. Saya tetap akan peluk cium mereka.

"Ciuman dan belaian seorang ibu. Anak-anak saya sedikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka walaupun depan orang. Keluarga kami sudah diajar untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan," katanya.

Pelakon drama Cukup Derita Itu berkenaan mengakui sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar erti kasih sayang.

"Saya sendiri sudah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman daripada ibu bapa saya. Rindu yang amat. Ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibu bapa dan adik-beradik.

"Sedih tengok ramai keluarga yang berpecah-belah sebab dari kecil, keluarga tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat-menghormati antara anak-beranak. Bila sudah besar, semua buat hal masing-masing," katanya.

Disiarkan pada: June 26, 2021 @ 12:58pm
d