rap

Dah boleh komen di YouTube Alyssa Dezek

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Sensasi YouTube juga bintang cilik Alyssa Dezek menarik nafas lega kerana ruangan komen di saluran YouTube miliknya sudah dibuka kepada umum. 

Ia selepas pihak YouTube menutup ruangan komen di salurannya sejak tiga tahun lalu. 

Alyssa yang memiliki lebih 4 juta 'subscriber' di laman sosial itu berkata, segala persoalan orang ramai mengenai ruangan komen yang sering diajukan kepada dirinya akhirnya terjawab.

"Alhamdulillah syukur. Akhirnya ruangan komen YouTube saya sudah dibuka. Terima kasih YouTube.

"Kepada yang selalu tanya kenapa saya tutup ruangan komen, inilah jawapannya. Bukan saya sengaja nak tutup tapi ini adalah peraturan daripda YouTube.

"Mungkin disebabkan faktor usia saya yang masih bawah umur menyebabkan YouTube menutup ruang komen terbabit. Namun sebaik menginjak usia 13 tahun YouTube membenarkannya," katanya.

Menurut Alyssa, dia berharap komen yang bakal ditinggalkan oleh peminat atau penonton biarlah yang positif dan membina.

"Saya harap semua dapat bagi komen yang positif supaya saya dapat memperbaiki kandungan yang dimuat naik.

"Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong saya. Saya juga bersyukur

apabila Lagu Untuk Kamu kini sudah mencecah lebih 158 juta tontonan di YouTube.

"Saya dimaklumkan jumlah terbabit adalah antara tontonan muzik video yang tertinggi di Malaysia," katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2021 @ 4:15pm
d