rap

Elizabeth Tan sumbang 50 peratus pendapatan

Oleh Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan bakal menyumbang 50 peratus daripada pendapatan bulan ini untuk membantu golongan memerlukan dan terkesan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy berkata, dia meminta mana-mana pihak yang terjejas untuk menghubunginya. 

"Saya nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi saya ambil keputusan untuk sumbang 50 peratus daripada pendapatan bulan ini bagi membantu anda.

"Jika anda memerlukan bantuan, sila hantar mesej peribadi (DM) di akaun Instagram beserta nombor akaun bank anda," katanya.

Menurut Lizzy, dia bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat membantu semua orang dan meminta kerjasama mereka yang memerlukan bantuan untuk berlaku jujur.

"Tapi saya minta maaf kerana tak dapat dan tak mampu nak bantu semua orang.

"Jadi saya minta anda semua untuk jujur sebab banyak sangat keluarga yang tak cukup makan sekarang ini. Jadi tolong jangan ambil hak mereka," katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2021 @ 4:18pm
d