rap

Drama Ayahanda adaptasi novel kisah benar

Oleh Hanis Aliaa Hidzir

SLOT Lestary TV3 kini tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Ayahanda yang bakal bersiaran mulai hari.

Drama 13 episod ini menyaksikan gandingan pelakon hebat seperti Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Fauziah Ahmad Daud, Shahz Jasle, Rita Nadira, Nor Khiriah, Sherry Ibrahim dan Mimi Asmidar.

Ayahanda merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel berdasarkan kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Haji Abdullah, penerima SEA Write Award 1988, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya yang mengangkat tema kekeluargaan dan kasih sayang ini memaparkan kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak-anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya.

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Jangan ketinggalan menyaksikan Ayahanda mulai 10 Julai ini setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Disiarkan pada: July 10, 2021 @ 4:35pm
d