rap

Rebecca mohon doa buat suami

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi hantaran sedih di Instagram Story memaklumkan keadaan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang kini perlu menggunakan bantuan oksigen akibat positif Covid-19. 

Dalam hantaran itu, Rebecca memohon agar pengikutnya di platform media sosial untuk bersama mendoakan kesejahteraan suaminya dan keluarga. 

"Mari kita berdoa beramai-ramai. Serius, penyakit ini benar-benar bahaya. Suami saya dah pakai oksigen sekarang. Doakan kami sekeluarga ya," tulisnya. 

Beberapa jam lalu, Rebecca memuat naik dua potongan video di Instagram Story menunjukkan alat dipercayai peralatan bantuan oksigen yang digunakan. 

Sebelum itu, dia berkongsi fotonya bersama suami tercinta. 

Pada 8 Julai lalu, Rebecca berkongsi berita mengenai suami dan enam anak serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19. Tiga hari lalu, dia pula disahkan positif. 

 

Disiarkan pada: July 12, 2021 @ 10:11pm
d