rap

'Niat saya satu, kerana Allah'

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf menerusi video secara langsung di Instagramnya selepas menimbulkan kontroversi apabila melontarkan pendapat mengenai kempen bendera putih, baru-baru ini.

Dalam video secara langsung itu, Vida mengakui kesilapannya dan menegaskan yang dia tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak.

"Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati anda. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa dengan kata-kata saya itu, niat saya satu, kerana Allah," katanya.

Vida juga berharap agar permohonan maaf dibuatnya ini menjadi permulaan baharu kepada semua orang.

"Saya nak ucapkan salam permulaan hidup baru dan normal baru," katanya.

Ibu kepada pelakon, Cik B itu juga turut memulakan kempen peraduan #usahajanganmalas dan meminta pengikutnya di media sosial menghantar video kreatif menggunakan hashtag berkenaan dan akan menerima hadiah berupa wang tunai.

"Tidak ada niat saya untuk nak riak, walau sebesar zarah sekalipun. Saya pun tak ada niat nak menyombong," katanya.

Terdahulu, Vida pernah memaklumkan dia tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok itu, di mana dia dikatakan tidak sensitif dengan isu kibar bendera putih.

Disiarkan pada: July 12, 2021 @ 10:32pm
d