rap

Ijan SweetChild masih di ICU akibat Covid-19

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Pemain bass kumpulan SweetChild, Ahmad Zamri Zainal Abidin, 46, atau Ijan yang dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19 masih memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Penyanyi kumpulan itu, Acong berkata demikian selepas menerima maklumat terkini daripada isteri Ijan, Sarina Othman.

"Menurut isteri Ijan, doktor memaklumkan paru-paru Ijan ada jangkitan dan sampel darah sudah diambil untuk ujian dijalankan.

"Doktor juga belum membuka tiub pernafasan kerana dia belum dapat bernafas sendiri. awSaya mohon agar semua mendoakan kesembuhan Ijan," katanya kepada Harian Metro.

Acong juga berkongsi nombor akaun isteri Ijan sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan sumbangan.

"Moga ada yang dapat membantu sebab dalam keluarga, Ijan sahaja yang bekerja. Sejak kita dilanda pandemik ini, dia bekerja sebagai pekerja penghantaran," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan kepada isteri Ijan menerusi akaun Maybank (Sarina Othman) bernombor 164230400877.

Disiarkan pada: July 14, 2021 @ 8:22pm
d