rap

Orang lain dah balik Malaysia, Caprice teruskan perjuangan 

Oleh RAP HM

Kuala Lumpur: Penyanyi rap, Caprice akan meneruskan perjuangan di Palestin secara bersendirian dan menganggap ia adalah misi paling sukar dalam hidupannya.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia percaya apa yang sudah berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Saya baru habis kemas barang. Saya akan teruskan misi saya seorang diri. Semua orang dah balik ke Malaysia.

"Saya pilih untuk teruskan misi saya. Insya-Allah. Ini adalah misi paling sukar dalam kehidupan saya selama kita berjuang, berjihad dan beribadah. Alhamdulillah, saya percaya hikmah di sebalik semua ini," katanya.

Caprice menerusi hantaran video di Instagram Stroy turut memohon maaf kepada semua yang dikecewakannya dengan beberapa tindakannya baru-baru ini.

Dalam video itu, Caprice tidak menunjukkan mukanya, sebaliknya beberapa bagasi serta buku yang dipegang.

Caprice sebelum ini berkongsi beberapa hantaran mengenai penjelasan yang akan dibuat pada 21 Julai (esok), namun hantaran mengenai acara itu juga sudah dipadam di Instagramnya.

Disiarkan pada: July 20, 2021 @ 11:23am
d