rap

Nabila Huda pengacara baru Melodi

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Desas-desus siapa pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick sebagai pengacara program Melodi terjawab apabila pelakon, Nabila Huda dipilih mengisi kekosongan itu.

Ia berdasarkan jemputan yang dihantar kepada pihak media memaklumkan TV3 akan mengadakan satu sidang media Isnin ini bagi mengumumkan pengacara baru Melodi, Muzik Muzik dan Nona.

Jemputan itu menyatakan pihak TV3 bakal melakukan rombakan penyiaran pada Ogos membabitkan tiga program popular TV3 itu.

Sidang media itu turut membabitkan sesi temubual bersama Nabila Huda untuk program Melodi.

Selain perubahan pengacara Melodi, TV3 turut memaklumkan akan memperkenalkan barisan pengacara baharu untuk program Nona dan Muzik-Muzik.

Nona yang sebelum ini dihoskan oleh Mira Filzah bakal digantikan dengan Amyra Rosli, manakala penyanyi Sissy Imann dilaporkan bakal mengacarakan program Muzik- Muzik.

Melodi yang akan bersiaran esok bakal menyaksikan episod akhir pembabitan Awal dan Janna sebagai pengacara program hiburan popular itu.

Laporan Harian Metro sebelum ini yang mendakwa Nabila bakal menggantikan tempat Awal dan Janna sekali gus bakal menyaksikan penampilan pelakon itu dalam Melodi yang menemui penonton setiap Ahad.

Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 7:46pm
d