rap

Selepas berbulan mendaftar, Ashraf Muslim akhirnya dapat solat Jumaat

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon, Ashraf Muslim bersyukur apabila mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Mu'adz Bin Jabal di Setiawangsa, di sini, selepas mendaftar selama berbulan-bulan.

Asfhraf, 40, berkata, peluang diberikan itu tidak sesekali dipersiakan apatah lagi sudah lama tidak menunaikan solat Jumaat.

"Alhamdulilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan. Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat Jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jemaah di masjid.

"Tahu tak betapa seronok dan tenangnya hati ini bila ada di sini. Allah Maha Besar, syukur. Siapa yang belum mendaftar untuk solat Jumaat di masjid pergilah daftar. Kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Insya-Allah, Allah akan permudahkan. Hanya yang kita perlu buat usaha, sabar dan berdoa selalu," katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ashraf turut berkongsi amalan sunat yang boleh dilakukan jika datang awal di masjid.

"Jadi, apabila sudah datang awal ini kenalah baca al-Quran dan buat solat sunat banyak-banyak," katanya.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 2:26pm
d