rap

Siti Sarah belum stabil

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

syafil.syazwan@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib berkongsi keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, semalam akibat tahap oksigen menurun.

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi lagu Kesetiaan itu.

"Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat, okay.

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang," katanya.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka.

"Rindu anak-anak ibu. Ya Allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku," katanya.

DIfahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 5, 2021 @ 4:30pm
    d