rap

Shuib marah sikap tak sensitif YouTuber

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib mengakui marah dengan tindakan beberapa individu yang menjadikan berita kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai 'modal' kandungan di saluran YouTube.

Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, setiap individu perlu sedar dan wujudkan rasa sensitiviti dalam hati masing-masing apatah lagi jika ia membabitkan kematian.

"Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu.

"Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap," katanya.

Bagaimanapun, Shuib enggan mengulas lanjut mengenai tindakan individu yang menggunakan nama dan berita kematian isterinya sebagai kandungan dalam permainan video PUBG.

"Saya ada perasan juga di TikTok mengenai yang main PUBG. Tapi, saya tak mahu bercakap mengenai perkara itu," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan pelakon dan YouTuber, Aisar Khaled yang menjadikan kematian Allahyarham Siti Sarah sebagai kandungan dalam salurannya.

Individu itu bagaimanapun memohon maaf dan sudah memadam video yang dimuat naik.

Disiarkan pada: August 11, 2021 @ 9:08am
d