rap

Nora pernah digelar wanita jahil, 'psiko'

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak dapat menolak segala fitnah, kejian atau makian daripada orang luar apabila membabitkan diri dalam dunia glamour.

Nora berkata, dia pernah digelar wanita jahil dan 'psiko' daripada seorang ustazah, namun sudah memaafkannya.

"Lumrah jadi orang popular. Difitnah, dikeji, dibenci dan dimaki, itu perkara biasa. Saya pernah dipanggil perempuan jahil dan 'psiko' oleh seorang ustazah. Walaupun dimaafkan tapi tak akan lupa sampai bila-bila," katanya.

Menerusi perkongsian Nora di Instagram Story, penyanyi berusia 48 tahun itu turut menjawab beberapa pertanyaan peminat menerusi Ask Me Question.

Ditanya mengenai bagaimana dirinya kekal positif walaupun berhadapan dengan situasi negatif, Nora menganggap setiap yang berlaku pasti bersebab.

"Ingat, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah. Semuanya dengan izin Allah. Tiada kebetulan. Kita kena selalu bersangka baik kepada ketentuan Allah, sama ada suka atau tidak," katanya.

Disiarkan pada: August 25, 2021 @ 5:36pm
d