rap

Anggota Nuradee, Nur hidap tumor otak dan perlu bantuan kewangan

Oleh Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Organisasi Prihatin Singapura bakal menganjurkan Konsert Darurat Nuradee pada Rabu ini, jam 9 malam, secara langsung di laman Facebook rasminya.

Konsert terbabit adalah bertujuan mengumpul derma untuk penyanyi Nuradee iaitu Nur bagi menampung keperluan dirinya selepas disahkan menghidap tumor otak, baru-baru ini.

Pada acara terbabit, seorang lagi anggota duo terbabit iaitu Adee akan menjadi wakil untuk hadir mengikuti konsert berkenaan.

"Adee (Nuradee) akan  bersama kami di Konsert Darurat Nuradee pada 22 September ini secara 'FB LIVE' di page Prihatin Singapura bermula 8 malam. 

"Anda boleh membuat sumbangan terus ke Fizah Kangen Fizah Kangen melalui PAYNOW di talian 84982624. Sumbangan dan sokongan anda amat dihargai," kata Prihatin Singapura.

Konsert amal itu bakal dimeriahkan penyanyi terkenal termasuk Datuk Ramli Sarip serta artis tempatan Singapura seperti Aisyah Sinnan, Masnie, Imma Pink, Rafaat Hamzah, dan ramai lagi.

Pada 14 September lalu, Nur atau nama sebenarnya Mohd Noor Abdullah, 53, akhirnya sedar semula selepas sebulan koma di Hospital Besar Sengkang (SKH).

Meskipun sudah dibenarkan pulang ke rumah, Adee yang juga abangnya mendedahkan Nur disahkan menghidap tumor otak dan ingatannya hilang sekitar 50 peratus.

Terdahulu, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Johor Bahru sebelum dipindahkan ke SKH. Disebabkan terlantar dua bulan, bil rawatannya mencecah RM248,000,

 

 

 

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 11:59am
d