rap

Ibu, adik Ramlah Ram positif Covid-19

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram mengesahkan ibu dan adiknya positif Covid-19 kelmarin. Ramlah, 56, dalam satu hantaran di Instagram memohon supaya peminat mendoakan kesembuhan mereka serta saudara-maranya yang lain.

"Assalamualaikum, saya hamba yang tidak berdaya ini mohon bantuan semua. Tolong doakan mak dan juga adik saya Shafiei cepat sembuh dan semua keluarga saya di Kluang. Mohon mereka dijauhkan dari penyakit ini.

"Baru semalam disahkan positif Covid-19. Saya tengah tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah. Saya teramat risaukan keadaan mak. Dengan keadaan mak umur sudah mencecah 80 tahun. Sekali lagi mohon tolong doakan kesembuhan mak dan adik saya. Semoga Allah SWT akan membalas jasa baik anda berlipat kali ganda. Aamiin...," tulisnya.

Hantaran ini mendapat perhatian peminat serta rakan artis seperti Anuar Zain, Haiza, Salwa Abdul Rahman, Zoey Rahman, Kazar dan ramai lagi.

Mereka melahirkan simpati dan mendoakan agar ibu dan keluarga penyanyi popular dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu cepat sembuh.

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 10:59am
d