rap

Lany belajar dari legenda

Oleh Najiy Jefri

BAND popular dari Los Angeles, Amerika Syarikat, LANY memasang harapan untuk menjadi band paling hebat dalam dunia satu hari nanti.

Sentiasa optimis dan percaya tiada apa yang mustahil dilaksanakan, kumpulan yang dianggotai tiga pemuzik berbakat, Paul Jason Klein, Charles Leslie 'Les' Priest dan Jake Clifford Goss, bagaimanapun men

gakui perlu menimba ilmu daripada kumpulan muzik klasik dan bertaraf legenda.

"Saya idolakan Coldplay dan Phil Collins. Malah, kalau saya berkesempatan bekerja dengan penyanyi Coldplay, Chris Martin mungkin saya takkan berhenti merenungnya.

"Saya tak pernah jumpa dia. Saya sangat-sangat mengidolakan Chris. Dia buat piano menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan hebat berbanding daripada fungsi asal. Dia (Chris) seperti 'Tuhan' kepada saya," kata Paul.

Menurut Paul, dia juga mempunyai impian untuk bekerjasama dengan penyanyi nama besar seperti Ed Sheeran.

"Saya nak sangat buat lagu dengan Ed Sheeran. Seorang lagi mungkin kedengaran baharu, tapi saya juga nak buat lagu dengan The Chainsmokers.

"Saya percaya kerjasama itu akan jadi besar dan saya sudah pernah bertemu mereka beberapa kali dan mereka manusia yang paling baik," katanya.

Baru saja melancarkan album studio terbaharu berjudul gg bb xx pada 3 September lalu, LANY ingin mengajak pencipta muzik untuk kembali semula ke akar muzik dan naratif asal usul mereka sebagai sebuah band yang dibentuk daripada gabungan pengaruh Los Angeles dan New York.

Untuk khalayak yang belum tahu, nama LANY adalah gabungan awalan Los Angeles dan New York.

"Kami membawa peminat sama-sama pulang ke tempat asal. Kami juga tunjukkan apa yang sudah ditinggalkan dahulu dan sebab mengapa kami tinggalkan.

"Satu hari nanti, kita akan berasakan bahawa kita tidak lagi perlukan kelulusan atau kasih sayang daripada orang lain untuk mengasihi diri sendiri serta berasa bangga terhadap diri sendiri.

"Kami masih belajar, tapi kami yakin akan sampai ke tahap itu satu hari nanti," katanya.

Disiarkan pada: September 29, 2021 @ 6:45am
d