rap

Demi hometown cha-cha-cha

Oleh Georgie Joseph

ANNYEONGHASEYO! Drama Hometown Cha-Cha-Cha yang dibintangi Kim Seon-ho dan Shin Min-a memang luar biasa penangannya.

Drama komedi romantik itu mendapat pujian melambung. Walaupun konsepnya ringan, tetapi ia segar.

Bukan setakat gandingan pelakon utamanya sebagai kekuatan, tetapi sinematografi lokasi penggambarannya turut dipuji. Ini kerana ia menggunakan kediaman dalam kalangan orang-orang biasa saja.

Ia menyebabkan ramai peminat fanatik drama itu mula mengunjungi beberapa rumah yang digunakan dalam drama terbabit.

Malangnya, perhatian luar biasa itu turut mengundang rasa kurang selesa pemilik sebenarnya.

Justeru, produksi Hometown Cha-Cha-Cha dalam satu kenyataan merayu supaya peminat terbabit berhenti berbuat demikian.

Ini kerana, mereka enggan privasi pemilik rumah berkenaan diganggu.

"Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih buat penonton atas sokongan tidak terhingga kepada kami dan lami ingin membuat satu permintaan berhubung lawatan ke lokasi penggambaran kami.

"Rumah Hye Jin, Doo Shik, Gam Ri dan Cho Hee dalam drama itu sekadar disewa untuk tujuan penggambaran. Pemiliknya masih lagi menduduki rumah itu.

"Mereka membantu kami untuk drama itu dengan tujuan yang baik. Namun, sekarang bergelut dengan kesulitan kerana gangguan daripada pelawat setiap hari," kata kenyataan itu.

Menurutnya, mereka lebih berbesar hati sekiranya pelawat berkunjung ke lokasi lain yang dipaparkan dalam drama itu.

Mereka juga berharap penonton elakkan daripada 'menceroboh'

rumah yang dimaksudkan kerana mahu menghormati kehidupan peribadi pemiliknya.

"Kami mohon sangat agar anda tidak cuba memasuki rumah-rumah itu. Selepas diberi kelonggaran, anda masih boleh melawat lokasi lain.

"Patung sotong di Cheongha Market masih akan terus diletakkan di bandar Pohang. Bot di Sabang Memorial Park juga akan masih berada di sana selepas penggambaran tamat nanti," katanya.

Disiarkan pada: October 7, 2021 @ 6:30am
d