rap

Gwyneth Paltrow mahu kembali membintangi filem Marvel

Oleh Agensi

Los Angeles: Pelakon Gwyneth Paltrow ingin kembali membintangi francais filem Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas mengetahui Harry Styles muncul dalam filem Eternals.

Paltrow berkata demikian ketika muncul sebagai tetamu program kendalian Drew Barrymore.

"Ini membuat saya ingin kembali ke Marvel. Mungkin Pepper Potts (wataknya dalam Iron Man dan The Avengers) boleh bersentuhan dengan Harry Styles," katanya.

Kata-kata Paltrow ini terbit selepas Barrymore memulakan perbincangan dengan membacakan berita yang Styles muncul dalam filem Eternals melakonkan watak bernama Eros.

Dia mengatakan Eros adalah dewa cinta dan seks. Kemudian, Barrymore menjelaskan Eros memiliki kemampuan untuk terbang dan merangsang kesenangan melalui otak.

Barrymore kemudian menanyakan cara MCU menginterpretasikan dewa cinta dan seks.

Pertanyaan itu dilontarkan kerana Paltrow membintangi sekali gus menjadi penerbit siri realiti mengenai terapi seks berjudul Sex, Love & Goop.

"Anda baru saja merekrut Harry Styles dan kemudian menampilkannya tanpa pakaian dan begitulah," jawab Paltrow.

Selama ini, Paltrow melakonkan watak Pepper Potts yang pertama kali muncul dalam Iron Man (2008). Dia menjadi setiausaha Tony Stark dalam memimpin perniagaan Stark Industries yang kemudian menjadi kekasihnya.

Selepas itu, Paltrow muncul dalam beberapa siri filem MCU dan kali terakhir dalam filem Avengers: Endgame pada 2019.

Dalam filem berkenaan, watak Stark dimatikan dan ia membuatkan nasib watak Potts menjadi tidak jelas.

Namun, Paltrow bersedia kembali ke MCU untuk watak kecil yang boleh diselesaikan dalam satu hingga dua hari penggambaran.

Disiarkan pada: October 26, 2021 @ 12:32pm
d