rap

Dalam usia 48 tahun, Fauzi Nawawi seronok dikurnia dua cucu

Oleh Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Pada usia 48 tahun, pelakon Fauzi Nawawi bersyukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan dia dikurniakan dua cucu.

Fauzi berkata, dia dikurniakan cucu pertama selepas anak sulungnya, Nurul Hainil, 26, melahirkan bayi perempuan dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.

Pada 26 Oktober lalu, Fauzi dikurniakan cucu kedua apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 23, melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.

Menurut Fauzi, dia cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.

"Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan," katanya.

Semalam, Fareez berkongsi berita gembira bergelar bapa selepas Nurwathiqah melahirkan bayi lelaki pada 26 Oktober lalu.

Fareez dan Nurwathiqah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu selepas lebih tujuh tahun bercinta. Mereka bertunang pada 21 September tahun lalu.

Nurul Hainil pula berkahwin pada 8 Ogos tahun lalu.

Disiarkan pada: November 2, 2021 @ 3:30pm
d