rap

Ucapan Deepavali bahasa Tamil dah 'karat' Raja Ilya dikagumi netizen

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Video ucapan perayaan Hari Deepavali dalam bahasa Tamil yang dilakukan pelakon Raja Ilya di Instagram miliknya mencuri perhatian ramai.

Rata-rata pengikut termasuk selebriti tanah air berasa teruja dan kagum apabila Raja Ilya mampu bertutur dalam bahasa Tamil dengan baik.

Bagaimanapun Raja Ilya menerusi ruangan komen mengakui bahasa Tamil yang diungkapkan sudah semakin 'karat'. 

"Bahasa Tamil dan sari dah karat. Lama tak cakap,"katanya. 

Menerusi video yang dikongsikan, Raja Ilya yang kini berada di Perth, Australia berharap orang ramai yang menyambut perayaaan itu agar bergembira dengan keluarga masing-masing. 

"Anda semua bagaimana? Dah makan ke? Sihat ke? Orang di rumah semua sihat ke? Tahun ini perayaan Deepavali pasti kalian semua berpeluang balik kampung kan? 

"Jadi saya harap anda semua menjaga diri kerana kitalah yang perlu memastikan diri kita sentiasa selamat daripada wabak Covid-19 ini. 

"Saya harap segala makanan seperti muruku, vade dan kuih  dapat simpan sedikit untuk saya dan apabila saya balik ke Malaysia, dapat bawanya ke sini dan makan. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Berseronoklah dengan famili masing-masing. Kalau sebelum ini kita tidak dapat menyambutnya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya. 

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 1:31pm
d