rap

Red Notice paling mencabar buat The Rock [METROTV]

Oleh Agensi

Los Angeles: Pelakon, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock menyifatkan filem terbaru lakonannya, Red Notice adalah yang paling mencabar sepanjang kerjayanya sebagai pelakon. 

Johnson berkata, penggambaran Red Notice juga mencabar emosinya lebih-lebih lagi apabila terpaksa dilakukan dalam situasi pandemik Covid-19. 

"Filem paling mencabar. Menjalani penggambaran dalam Covid-19 dengan varian Delta yang semakin menular sememangnya mencabar. Lebih-lebih lagi apabila bekerja di set yang mengumpulkan 800 hingga 1,000 kru," katanya. 

Pada masa sama, dia juga perlu sentiasa memastikan emosi semua yang terbabit tidak terganggu. 

"Pada masa sama, saya perlu berikan sokongan emosi kepada semua dan pastikan semua rasa disokong dan dapat apa yang mereka perlukan. Pada masa sama juga, saya kena pastikan objektif utama iaitu untuk menyajikan karya terbaik buat penonton tercapai," katanya.

Red Notice dianggarkan menelan belanja sebanyak AS160 juta (RM665 juta) dan akan mula ditayangkan di platform digital Netflix mulai 12 November ini. Ia juga akan menjadi penanda aras untuk filem dengan perbelanjaan tertinggi pernah dihasilkan Netflix. 

Selain Johnson, filem arahan Rawson Marshall itu turut dibintangi Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

 

Disiarkan pada: November 6, 2021 @ 6:24pm
d