rap

Bader Shammas cinta, nyawa Lindsay Lohan

Oleh Agensi

Los Angeles: Penyanyi Lindsay Lohan, 35, berkongsi berita gembira dia sudah bertunang dengan bakal pegawai bank, Bader Shammas.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Lohan turut menunjukkan cincin tunangnya yang bertatah berlian dengan kapsyen penuh bahagia.

"Cinta saya, nyawa saya, keluarga saya, masa depan saya," tulisnya.

Pasangan itu mula dikaitkan selepas dilihat bersama menghadiri sebuah festival muzik di Dubai tahun lalu.

Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.

"Lisa bercinta dengan seorang jejaka yang sangat mengagumkan sekarang," katanya tidak lama dulu.

Shammas disifatkan sebagai seorang yang sangat stabil dan berjaya. Dia bukan pelakon mahupun dari industri hiburan sebaliknya mengendali kewangan orang di Credit Suisse.

Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov namun putus pada 2016. Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama, dan Aaron Carter. 

Disiarkan pada: November 29, 2021 @ 1:44pm
d