rap

'Subscriber' YouTube BLACKPINK lebih 70 juta

Oleh Agensi

 

Seoul: BLACKPINK mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama meraih jumlah langganan atau 'subscriber' lebih 70 juta di platform YouTube.

Berita gembira itu dikongsi agensinya YG Entertainment semalam yang menyifatkan pencapaian itu sangat membanggakan buat kumpulan dianggotai Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa itu.

Ini kerana, saluran YouTube rasmi mereka itu baharu dibuka pada Jun 2016. Mereka berjaya mencapai angka terbabit dalam tempoh lima tahun lima bulan. 

Sekaligus, kini BLACKPINK berada di kedudukan pertama paling ramai pelanggan di platform terbabit. Mereka turut mengatasi rekod bintang ternama dunia lain termasuk Justin Bieber.

Bieber setakat ini memiliki langganan lebih 66.4 juta. Salurannya itu dibuka sejak 2007 lalu.

Disiarkan pada: November 29, 2021 @ 4:49pm
d